Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Gim Khas Untuk Wanita...

MEMAHAMI keperluan wanita beragama Islam untuk kelihatan lebih sihat dan cergas, sebuah pusat...

8 Maut Helikopter Terhempas...

KATHMANDU - Enam tentera marin Amerika Syarikat (AS) dan dua askar Nepal terkorban...

KLCC Gempar Terima Panggilan...

KUALA LUMPUR - Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan daripada...

BN Sabah Beri Komitmen...

KOTA KINABALU - Memelihara hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)...

‘Melayu’ DAP Zairil Khir Johari Pertahan Idealogi SIS

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Fatwa Selangor yang mengharamkan gerakan `Sisters In Islam’ (SIS) dianggap sesat satu langkah keterbelakang.

Beliau mendakwa, fatwa itu akan merugikan rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Islam kerana pihak berkuasa agama gagal memahami kerencaman isu dan advokasi yang diketengahkan SIS.

“Hanya kerana kita tidak memahami tidak bermakna kita boleh mengecam mereka sebagai sesat dengan sewenang-wenangnya.

“Saya menyokong usaha SIS untuk membawa perkara ini kepada rujukan kehakiman dan berharap agar satu keputusan yang bijaksana dapat dicapai bagi memelihara keutuhan kenegaraan kita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

ARTIKEL LAIN TENTANG ZAIRIL: Gambar Intim: Zairil, Dyana Tak Jadi Buat Laporan Polis?

SIS semalam memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan fatwa Selangor mengharamkan pertubuhan itu kerana dianggap sesat.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu menamakan tiga responden iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Selangor.

Pada Julai lalu, Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang berpegang kepada fahaman ‘liberalisme’ dan ‘pluralisme’ agama sebagai sesat dan lari dari ajaran Islam sebenar.

Selain itu, bahan-bahan penerbitan yang mempunyai unsur sama juga diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat laman yang menyebarkan doktrin tersebut.

Manakala bagi individu yang berpegang kepada dakyah berkenaan hendaklah bertaubat dan kembali ke Islam yang sebenar.


ARTIKEL BERKAITAN: Sisters In Islam Cabar Fatwa Mereka Menyimpang Dari Islam

Tindakan SIS itu mencabar fatwa itu bagaimanapun dikecam Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi kerana diibaratkan seperti mencabar institusi Raja Melayu serta Perlembagaan.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam pada itu meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil sikap yang betul dalam menangani perbezaan pandangan di negara ini termasuk berhubung ideologi.

Dakwanya, liberalisme seperti juga istilah demokrasi, sosialisme, kapitalisme dan hak asasi manusia sering disalahgunakan di negara ini untuk melabelkan golongan tertentu atas sebab-sebab politik.

Oleh itu, dakwanya, menganggap idealogi SIS sebagai liberalisme tidak adil kerana SIS tidak pernah dipanggil membela diri dan SIS sendiri tidak mengetahui aspek mereka yang dikaitkan dengan liberalisme dan pluralisme agama.

Beliau turut mendakwa tindakan MAIS mengharamkan SIS atas alasan liberalisme dan pluralisme agama bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah keseluruhan rakyat Malaysia.

Ia kerana, dakwa beliau, Rukun Negara secara terang menyatakan negara ini mendukung cita-cita hendak menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.

“Begitu juga dengan wawasan nasional negara, Wawasan 2020, yang meletakkan cabaran kelimanya sebagai “mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka.

“Apakah MAIS tidak menyedari akan perkara ini? Dan jika mereka telah menyedarinya, adakah MAIS juga akan mengisytiharkan Rukunegara dan Wawasan 2020 sebagai haram dan menyeleweng daripada ajaran Islam,” dakwanya lagi.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori