• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zairil Bias & Bersifat Perkauman – Ahmad Shabery

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Membidas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mendakwa kemunduran masyarakat Melayu di Pulau Pinang berpunca dari BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ungkapan tersebut merupakan generalisasi secara bias dan bersifat perkauman.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menambah, Zairil seolah-olah mengalami krisis identiti kerana membuat kesimpulan secara sempit dan tidak menyeluruh.

“Kenapa beliau tidak bercakap mengenai kejayaan orang Cina di sana juga disebabkan oleh BN? Dia bercakap seolah-olah kejayaan orang Cina disebabkan mereka bagus dan pandai berkerja tetapi orang Melayu miskin adalah kerana kerajaan BN yang salah.”

Ujar beliau lagi dalam satu sidang media, “Sebab itu saya katakan ada orang yang berselindung di sebalik meritokrasi tetapi berkemungkinan mempunyai pemikiran rasis.”

Dalam laporan di dada akhbar sebelum ini, Zairil berkata, kerajaan BN perlu bertanggungjawab terhadap nasib yang menimpa komuniti Melayu di Pulau Pinang.

Zairil membuat dakwaan tersebut susulan dari kenyataan Ahmad Shabery bahawa orang Melayu kini merasa tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang dipimpin parti pembangkang.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ia seperti memberi gambaran bahawa negeri tersebut merupakan Pulau Pinang yang diterajui DAP. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Tags: Ahmad ShaberyDAPPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd