SEORANG wanita dari New York, Melisa Schonfield, 57, didakwa atas kesalahan mengupah pembunuh upahan untuk membunuh bekas teman lelaki anak perempuannya, Ernesto Negrillo.
Perbuatannya terbongkar selepas Melisa kebetulan tersalah mengupah pembunuh upahan yang sebenarnya merupakan seorang polis penyamaran yang akhirnya membuat laporan polis berhubung tindakan gila wanita tersebut.
Dalam perancangannya, Melisa mahu Ernesto dibunuh dan kemudiannya mayatnya dicampak di kolam buaya berdekatan.
Menurut Melisa, tindakannya itu adalah disebabkan berang dengan Ernesto yang selalu mendera anaknya, Alexis Schonfield serta cucunya yang berusia dua tahun selama mereka hidup bersama sebelum ini.
Melisa didakwa atas kesalahan merancang konspirasi pembunuhan tahap kedua. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR

