• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Hashim Siap Sedia Untuk Takluk Lima Negara

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengayuh warga emas Wan Hashim Wan Mahmood sudah bersiap sedia untuk ‘menakluki’ lima negara di Asia Tenggara dalam misi penjelajahannya yang terbaharu bermula 1 Dis ini.

Wan Hashim berkata selain semua kelengkapan untuk misi yang dijangka mengambil masa tiga bulan itu, beliau juga telah memperlengkapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“InsyaAllah saya akan mulakan kayuhan pada 1 Dis ini di bandar Ho Chi Minh, Vietnam, sebaik saja tiba di sana.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya juga ditahap terbaik hasil latihan setiap hari dengan berkayuh antara 40 hingga 50 kilometer sehari,” katanya kepada pemberita pada majlis menerima basikal berjenama ‘Windspeed’ dari syarikat pengeluar yang berpangkalan di Guangzhou, China, di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Jualan (Luar Negara) Windspeed, Liang Zhan Kun dan Pengurus Bike Station Kelantan, Sean Tye Jyh Siang.

Wan Hashim, 69, pada Feb lalu telah menjelajah secara solo ke seluruh Semenanjung selama 28 hari dan kejayaan ini dicatat dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia’ pada April lalu.

Datuk kepada 18 orang cucu itu akan berkayuh sejauh 6,000 kilometer merentasi Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia sebelum pulang ke sini.

Atas sebab-sebab keselamatan semasa kayuhan itu, Wan Hashim kali ini akan ditemani seorang bekas komando tentera dari Kedah, Abdul Khalib Zakaria, 44.

Wan Hashim berkata kayuhan kali ini menjanjikan pengalaman yang berbeza kerana bentuk geografi di negara-negara berkenaan.

“Misi saya kali ini adalah untuk membuktikan umur bukan sempadan untuk mengharumkan nama negara,” katanya.

Isteri beliau Faridah Daud, 62, berkata seluruh anggota keluarga mendoakan Wan Hashim berjaya melaksanakan impiannya itu.

“Ini adalah cita-citanya dan kami tidak akan menghalang, sebaliknya akan mendoakan kejayaan beliau,” katanya.

Sean berkata pihaknya terpanggil untuk menghadiahkan basikal berharga RM7,000 itu kerana mahu melihat Wan Hashim berjaya dalam misinya.

Menurutnya basikal itu adalah antara yang tahan lasak dan lebih ringan serta sesuai untuk kayuhan jarak jauh dan telah digunakan oleh jaguh-jaguh berbasikal seluruh dunia.

Semua peralatan lain, termasuk beberapa tayar simpanan juga disediakan. – BERNAMA

Tags: basikalwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd