• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktivis Mahu Indonesia Mansuhkan Ujian Dara Pemohon Polis Wanita

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak polis Indonesia menamatkan amalan dan gaya ‘diskriminasi’ dengan melakukan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan berkenaan.

HRW berkata, polis menetapkan syarat bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu mestilah tidak berkahwin dan dara.

Kata pertubuhan berkenaan, ujian mengesan dara masih dijalankan walaupun ada sesetengah pegawai kanan polis mendakwa ia tidak lagi diamalkan.

“Dalam temu bual kami, gadis tempatan – termasuk sesetengah yang menjalani ujian itu baru-baru ini – menggambarkan prosedur itu menyakitkan serta menyebabkan trauma.

“Mereka menceritakan bagaimana mereka dipaksa berbogel sebelum pegawai perubatan wanita melakukan proses dikenali sebagai ujian dua jari yang boleh dianggap kuno,” kata pertubuhan itu, semalam.

Seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun berkata, dia tidak ingin mengingati pengalaman berkenaan kerana ia sangat menjatuhkan maruah.

Dia menjalani ujian berkenaan di Pekanbaru. – Agensi

Tags: Indonesiapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd