Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

SPR Tidak Mahu Tergesa...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam untuk melaksanakan...

Henti Sebar Berita Tak...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir meminta semua...

Murid Sekolah Rendah Singapura...

SINGAPURA - Sekitar 57 peratus daripada suku juta murid sekolah rendah di Singapura...

Usaha Tambah Taska Bantu...

JOHOR BAHRU - Usaha kerajaan untuk menambah bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) di...

TNB Kesal Kontraktor Rosakkan Kabel TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) berasa kesal dengan sikap segelintir kontraktor di Selangor kerana tidak memaklumkan kerja-kerja pengorekan yang mahu mereka lakukan di negeri itu kepada TNB terlebih dahulu.
Pengurus Besar Negeri (Selangor) Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Mohd. Azim Yusof berkata, sikap kontraktor terbabit menyebabkan kira-kira 2,600 pengguna di Puchong terjejas bekalan elektrik lebih enam jam pada 19 November lalu.
“TNB amat kesal atas kejadian yang berlaku dan memohon kerjasama daripada pihak yang terlibat agar memaklumkan kepada TNB terlebih dahulu sekiranya ingin melakukan sebarang kerja pengorekan melibatkan pepasangan dan kabel TNB.
“Pihak TNB amat berharap agar komunikasi secara berkesan di antara dua pihak ini dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Azim berkata, dalam kejadian pada 19 November lalu, gangguan bekalan elektrik berlaku dari pukul 3.47 petang hingga 10.05 malam akibat kerosakan kabel bervoltan tinggi milik TNB.
Menurut beliau, kawasan yang terjejas bekalan elektrik pada hari tersebut adalah Puchong Perdana, Puchong Prima Harta, Taman Puchong Prima dan Desa Impian.
“Gangguan bekalan ini berpunca daripada kerosakan kabel bervoltan tinggi milik TNB disebabkan oleh kerja-kerja pengorekan tanah oleh pihak ketiga di kawasan tersebut,” katanya.

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori