• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan PTPTN Senaraikan Nama Peminjam Dalam CCRIS Wajar

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan menyenaraikan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik dalam Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) adalah wajar dan adil, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu munasabah memandangkan hanya dilakukan kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik melebihi tiga tahun daripada tarikh pembayaran bukannya semua peminjam.

“Ia juga tidak melibatkan mereka yang masih mencari pekerjaan kerana baru keluar daripada universiti. Saya difahamkan PTPTN akan memberikan tempoh masa beberapa bulan kepada peminjam untuk membayar hutang sebelum disenaraikan dalam CCRIS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Program Tahunan Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2014 di Stadium Putra di sini Khamis.

Semalam, Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah memberitahu bahawa perbadanan itu akan menyenaraikan 173,985 peminjam tegar iaitu mereka yang gagal membayar balik pinjaman selepas tiga tahun tamat pengajian dalam CCRIS dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Jan 2015.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata tindakan menyenaraihitamkan nama peminjam adalah perlu bagi memberi peluang kepada peminjam baharu untuk menikmati kemudahan itu.

“Kita kena ingat PTPTN adalah tabung pusingan. Kalau tidak dibayar, pelajar akan datang tidak boleh mendapat kemudahan sama atau secara tidak langsung PTPTN terpaksa mengurangkan pembiayaan kerana keengganan peminjam membuat pembayaran balik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peminjam yang masih tidak membuat bayaran walaupun sesen setelah tiga hingga lima tahun tamat pengajian untuk meluangkan masa ke kaunter PTPTN bagi urusan pembayaran balik.

“PTPTN pun dah kata kalau nak bayar sekurang-kurangnya RM100 pun tak apa dan mereka tidak akan senaraikan dalam CCRIS,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata beliau telah meminta sayap parti di Selangor untuk meningkatkan usaha memperbaiki kelemahan parti di negeri itu selepas tewas dalam dua pilihan raya umum berturut-turut. – BERNAMA

 

Tags: Khairy JamaluddinPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd