• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terjemahan Al-Qur’an Tanpa Ayat Asal Diharamkan- Harussani

oleh AK-47
19/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG — Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi tujuan berdakwah kepada golongan bukan Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria .

Beliau berkata terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab.

“Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna dan pemahaman sebenar,” katanya pemberita selepas menutup Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 anjuran Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  di sini, hari ini.

Beliau mengulas tentang permintaan seorang pensyarah wanita yang berhasrat menterjemahkan al-Quran kepada bahasa lain tanpa ayat suci yang asal untuk tujuan pemahaman rakannya yang bukan Islam.

Katanya wanita tersebut telah pergi ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta kelulusan namun Majlis Fatwa mengatakan penterjemahan seperti itu tidak
dibenarkan.

“Percetakan juga tidak berani berbuat demikian dan wanita tersebut telah berjumpa Mufti Selangor yang kemudian menyuruhnya berjumpa dengan saya,” katanya.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran berkata kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab dan penterjemahan ke dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal al-Quran.

“Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab jadi kalau bukan dalam bahasa Arab,  ia bukan al-Quran. Kalau buat juga (penterjemahan tidak mengikut ayat asal) ia satu kesalahan besar di negara ini,” katanya.

Beliau berkata penyebaran agama Islam melalui kegiatan dakwah tidak akan tersekat walaupun terjemahan seperti itu tidak dibenarkan.– BERNAMA

Tags: Al-Quranislam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd