• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Kewangan Terengganu 2013 Lebih Baik Berbanding 2012

oleh AK-47
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Prestasi dan kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding pada 2012, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3.

Laporan itu menyebut hasil pengauditan mendapati penyata kedudukan kewangan berakhir 31 Dis 2013 mencatat baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM759.96 juta, peningkatan ketara sejumlah RM380.66 juta (100.4 peratus) berbanding baki RM379.30 juta pada 2012.

Menurut laporan itu, Akaun Hasil Disatukan menunjukkan kerajaan negeri mencatat lebihan yang tinggi iaitu sejumlah RM401.57 juta berbanding RM293.42 juta pada 2012.

“Lebihan ini menjadikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan telah meningkat kepada RM461.50 juta berbanding RM59.93 juta pada tahun 2012,” katanya.

Dalam perkembangan sama, baki Pinjaman Boleh Dituntut menurun RM27.34 juta atau 7.6 peratus dan prestasi pembayaran balik hutang Awam pada 2013 adalah baik kerana jumlah Hutang Awam menurun RM33.51 juta manakala baki tunggakan bayaran balik Hutang Awam turut menunjukkan penurunan sebanyak RM14.49 juta.

Sementara itu, laporan berkenaan menjelaskan bahawa Jabatan Audit Negara mendapati rancangan pembangunan kerajaan negeri menerusi pencapaian perbelanjaan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada 2013 adalah sederhana baik dengan RM945.62 juta atau 76.3 peratus daripada RM1.24 bilion peruntukan diluluskan.

Ia meliputi 747 projek atau 77.9 peratus daripada 959 projek yang dirancang berjaya disiapkan, 177 projek dalam pelaksanaan dan baki 35 projek belum dimulakan.

Laporan Audit Negara 2013 juga mendapati prestasi pencapaian pengurusan kewangan di 16 jabatan dan agensi di Terengganu bagi tahun lepas adalah baik walaupun analisis audit mendapati masih berlaku ketidakpatuhan kepada prosedur pengurusan kewangan yang ditetapkan, terutama berkaitan kawalan pengurusan dan pengurusan kumpulan wang amanah/akaun amanah dan deposit. – BERNAMA

Tags: AuditMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

21/04/2026
0

Semasa anda melayari internet, pernahkah anda melihat iklan daripada pengendali kasino dalam talian? Ya, iklan sebegini bukan lagi sesuatu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd