• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Bersyukur Sambut Perayaan Dalam Suasana Harmoni

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Rakyat di negara ini seharusnya bersyukur kerana dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni, aman damai dan saling hormat-menghormati, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata berbanding negara luar yang sering mengalami pergolakan dan huru-hara serta keadaan kehidupan rakyat yang amat sukar, apatah lagi untuk menyambut sesuatu perayaan.

“Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama,” katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Perak di sini, hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis tersebut yang turut dihadiri Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh.

Zambry berkata keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini adalah hasil toleransi dan persefahaman antara kaum yang telah dipelopori sejak berdekad lamanya.

“Janganlah kita mengejar fatamorgana sehingga terlupa kepada nikmat yang dikecapi hari ini,” katanya.

Zambry berkata masyarakat India di negeri ini banyak menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan sejak sekian lama.

“Pelbagai kejayaan yang telah dikecapi dan nikmati selama ini. Justeru itu, saya menggesa masyarakat India mempertingkat kecemerlangan serta menjadikan kejayaan tersebut sebagai inspirasi dan aspirasi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta memenuhi keperluan dan menjaga kebajikan kaum India seperti yang dilaksanakan selama ini.

Sebanyak 5,000 pengunjung dari pelbagai kaum dan latar belakang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai hidangan termasuk roti canai, capati, tose dan sate selain dihiburkan dengan persembahan tarian serta nyanyian masyarakat Malaysia. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan rakyat Malaysia bukan malas atau tidak...

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd