• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbaru, Calitan Biru Di WhatsApp Petanda Mesej Sudah Dibaca

oleh AK-47
10/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kemodenan teknologi semakin hari semakin rancak dengan pelbagai penemuan baru yang memberi seribu kebaikan.

Lihat sahaja hari ini, betapa kita amat memerlukan teknologi bagi membantu memudahkan urusan seharian khususnya dalam soal komunikasi.

Tiada siapa mampu menolak teknologi yang memberi pelbagai faedah termasuk penjimatan. Rata-rata masyarakat Malaysia sendiri mampu memiliki telefon pintar dan pastinya WhatsApp, antara aplikasi wajib untuk berhubung.

Terbaharu, jika anda adalah pengguna tegar aplikasi ini pastinya sedar akan kewujudan warna biru yang secara tiba-tiba muncul baru-baru ini.

Pasti ia membuatkan anda tertanya-tanya bukan? Apa maksud tanda biru tersebut?

10382667_1336811183087249_5310778566145972162_n

Sebelum ini hanya dua tanda kelabu sahaja yang muncul bagi menunjukkan mesej anda telah sampai pada telefon bimbit penerima.

Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada mesej tersebut telah dibaca atau tidak.

Namun kini, pihak pengurusan WhatsApp telah melakukan penambahbaikan di mana, tanda biru diwujudkan sebagai bukti bahawa penerima sudah membaca mesej yang dihantar.

whataps

Yang kelakarnya, pengguna sosial meluahkan bahawa perubahan sebegini sebenarnya boleh membawa kepada punca-punca pergaduhan.

Aik, macam itu pulak! Kenapa agaknya yer?

Iyelah, siapa yang tak bengang dan marah kalau penat-penat menaip berjela-jela mesej, kekasih hati dah baca tapi buat dek pulak kan!

Lebih menarik, ada yang meminta semoga WhatApps menambah pembaharuan iaitu menunjukkan simbol “typing with others” supaya senang mengetahui jika pasangan kita sibuk melayan orang lain.

Sebelum ini, pemberitahuan ‘last online’ pada WhatsApp turut dikaitkan dengan punca pergaduhan antara pasangan kekasih namun ia kemudiannya boleh disembunyikan melalui setting pada bahagian ‘privacy’.

Apa pun, semoga pembaharuan ini disukai oleh rakyat Malaysia yang menggunakan WhatsApp! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

Post by MyNewsHub.
Tags: whatsapp
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd