Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hampir 150 Doktor Pakar...

KUALA LUMPUR - Hampir 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia...

Pahang Jadi Tuan Rumah...

KUANTAN - Seramai 600 pemain catur dari seluruh Asia dijangka menyertai 18th ASEAN...

Khairy Balas Kritikan ,...

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, membalas kritikan dilontarkan Ahli Parlimen Bintulu,...

Tukang Cuci Kereta Dihukum...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja tempat cuci kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati...

Peremajaan UMNO Bukan Mahu Rebut Jawatan – Khairy

KUALA LUMPUR – Peremajaan UMNO bukan bermaksud merebut jawatan atau merebut tempat Ketua Bahagian tetapi bagi memastikan kesinambungan dan relevannya perjuangan parti.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, berkata walaupun bukan niat anak muda untuk mengejar jawatan tetapi peremajaan parti adalah satu keperluan pada masa kini.

“Anak muda bukanlah tamak dan bodoh untuk ambil semua peluang… tetapi apa yang kita harapkan adalah gandingan mantap antara senior dan muda… orang lama dan muda dalam UMNO.

“Perubahan yang dapat menjamin kesegaran parti… relevannya parti untuk membuktikan UMNO sentiasa seiring dengan zaman.

“Maka peremajaan parti bermaksud menguatkan kita, bukan melemahkan kita,” katanya ketiga berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini, sebentar tadi.

Dalam ucapan beliau, Khairy juga meluahkan kebimbangan mengenai gesaan peremajaan parti itu.

“Saya risau ada yang salah faham, salah erti daripada satu cadangan untuk perkukuhkan parti, Saya risau peremejaan parti boleh menjadi api dalam serkam.. satu bom jangka yang tunggu masa untuk meletup… kenapa satu cadangan yang begitu modul, yang sudah lama kita tunggu… yang menjadi keperluan untuk kita menang pada masa akan datang tiba-tiba jadi polemik yang boleh melemahkan parti kita?

“Saya cakap dari hati saya sendiri sebagai anak semua pemimpin senior. Saya tahu isu peremajaan parti ini sudah mula mengubah sedikit sebanyak hubungan antara pemimpin lama dan muda. Ada ketua pemuda yang mula dipandang serong, dipandang senget oleh ketua bahagian mereka. Perlu diingat, orang lama yang menjadi denyut nadi orang muda juga berjaya meremajakan diri mereka.

“Apa yang pasti, peremajaan juga tak terhad kepada anak muda… peremajaan juga untuk orang lama.. saya yakin boleh melakukan peremajaan itu,” katanya.

Khairy juga menegaskan, dalam merealisasikan usaha peremajaan dalam parti, seluruh keluarga UMNO harus berpegang kepada prinsip solidariti.

“Apa yang kita perlukan adalah penggemblengan setiap lapisan keluarga kita.. sekiranya solidariti dapat dicapai sepenuhnya… pengalaman kaum veteran, kekuatan kaum ibu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan golongan senior, apa yang UMNO tidak boleh lakukan?,” katanya.


Dalam ucapan yang cukup padat itu, Khairy juga berkongsi dua rangkap pantun untuk dihayati setiap perwakilan dan ahli UMNO.

“Anak rusa masuk ke laman

Mati terkena panah pahlawan

Orang tua tunjuklah jalan

Biar yang muda ada pedoman

Selat teduh lautan tenang

Tempat berdagang kain sulaman

Orang muda jangan dihalang

Lama dan muda mara ke depan” – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori