• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar SPM Tersepit Kaki Di Celah Lidi Motosikal Gara-Gara Kainnya

oleh AK-47
13/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah ini pastinya menjadi pengajaran buat pembonceng motosikal khususnya wanita supaya menjadi lebih peka dan berhati-hati.

Sememangnya kemalangan adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Siapa yang menyangka nasib kita kemudian hari. Oleh sebab itulah kita sering mengkaitkan peribahasa seperti malang tidak berbau untuk menggambarkan insiden seperti ini.

Insiden ini pastinya menjadi igauan ngeri bagi seorang remaja wanita berusia 17 tahun apabila kain seragam sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal yang diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.

Hal ini menyebabkan beliau, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17  pengsan empat jam di tempat kejadian, sementara kaki kiri patah dan daging kakinya terkoyak.

Lebih menyedihkan, remaja wanita ini merupakan calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar dari  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh ini berdepan situasi mengerikan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama rakannya selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira jam 1.30 petang .

Memetik laporan Harian Metro, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

 

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasang Lebih Banyak CCTV Di Stor Penyimpanan Aset Hospital

Next Post

KDN Siasat Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah

Related Posts

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

01/06/2025
0

AMPANG: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan...

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

Next Post

KDN Siasat Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd