• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Siasat Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN)  akan menjalankan siasatan ke atas Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan menjual pingat kebesaran negeri Kedah.

KDN dalam satu kenyataan memberitahu, persatuan itu yang beralamat di Georgetown, Pulau Pinang  ditubuhkan pada 23 April tahun lalu di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 didaftarkan di negeri itu.

“Matlamat penubuhan persatuan ini merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, membantu mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, menganjurkan aktiviti kebudayaan, dan menjaga kebajikan ahlinya.

“Namun, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap persatuan berkenaan kerana  didakwa menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan maklamat penubuhannya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan akan diambil terhadap persatuan tersebut jika terdapat bukti mencukupi  pertubuhan berkenaan terlibat dalam aktiviti tidak sah.

Bekas Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya sebelum ini mendedahkan kegiatan haram seorang pensyarah terbabit dalam kegiatan menjual pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk Seri Paduka negeri Kedah sejak Ogos lalu.

Tengku Zainol mendakwa lelaki itu bergerak menggunakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat Tengku Zainol bersama Persatuan Sharif Shah, Tungku Long Putra dan Anjang Putra Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Tags: KDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd