• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Puluhan Anjing Di Jepun Dibunuh Kejam

oleh
07/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Jika di Malaysia, nasib anjing mungkin adalah lebih baik apabila sanggup dibelai dan dicium manja menerusi satu kempen amat kontroversi ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini namun, di Jepun lain pula cerita sebaliknya.

Pihak berkuasa ‘Negara Matahari Terbit’ itu bingung apabila menerima laporan lebih banyak bangkai anjing comel ditemui mati dibunuh secara kejam dan lebih sadis dicampak ke tempat pembuangan sampah di beberapa lokasi berbeza seluruh Jepun sejak seminggu lalu.

Sehingga semalam, jumlah bangkai mamalia dikategorikan sebagai najis mughallazah itu menurut ajaran Islam, sudah mencecah 70 ekor, beberapa hari setelah pihak polis tempatan melancarkan siasatan terbesar bagi merungkai misteri kes pembunuhan zalim tersebut.

Pegawai penyiasat mendakwa, setakat ini mereka sudah pun menemui lebih 30 ekor bangkai anjing sepanjang minggu ini berbanding hampir 40 ekor pada minggu lalu yang dijumpai dibuang merata-rata berhampiran sebatang sungai di wilayah tengah Jepun.

Sebahagian besar bangkai anjing tersebut adalah daripada jenis baka kecil antaranya Chihuahua dan Toy Poodle yang lazimnya dipelihara sebagai haiwan jinak dalam rumah oleh golongan berada, kata seorang pegawai polis tempatan kepada agensi berita Jiji Press.

“Kesemua bangkai haiwan ini ditemui dalam keadaan ngeri dan sudah pun berbau busuk. Pihak polis sedang menyiasat kemungkinan besar kes pada minggu ini ada kaitan dengan kes yang sama sepanjang minggu lepas,” kata pegawai terbabit. – Agensi

Tags: anjingjepunToy Poodle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

JDT Racing Team Kuasai ARRC 2026

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelumba negara dari pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, terus melakar kejayaan dalam Kejuaraan Motosikal Asia...

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd