Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bekas ADUN Tahan Meninggal...

KUANTAN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Ahmad Jaafar, yang...

Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana...

KUALA LUMPUR - Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang menampilkan gandingan sulung Jabatan...

Takut Zika, Warga Singapura...

SINGAPURA - Semakin ramai rakyat Singapura sudah mula memakai pakaian berlengan panjang dan...

Perhimpunan Sandiwara Pembangkang –...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar...

Piala Malaysia: Mat Yo Tak Salah.. Kata Bojan Hodak

Kuala Lumpur – Bojan Hodak tidak menyalahkan penyerang Norshahrul Idlan Talaha selepas Harimau Selatan gagal menjuarai Piala Malaysia, malam kelmarin.

Penyerang kebangsaan kelahiran Terengganu itu gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid menyelamatkan sepakan lemahnya sekali gus membolehkan Pahang melakar kemenangan 5-3 untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas aksi 120 minit.

“Sudah pasti bagi dia, ia kekecewaan yang besar. Mungkin sepanjang karier dia akan kenangkannya, namun ia sebahagian daripada bola sepak dengan seseorang pemain akan terlepas peluang dan ada yang menjaringkan gol,” jelas jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu.

Terdahulu tiga pemain Johor DT, Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Hariss Harun berjaya menewaskan Khairul Azhan, namun Norshahrul yang hadir sebagai pemain gantian meranapkan impian Harimau Selatan untuk meraih kejuaraan berganda selepas menjuarai Liga Super.

“Bagus untuk dia melupakan dan fokus kepada tugas seterusnya selepas ini. Jika mentalnya cukup kuat, dia akan tampil sebagai pemain pertama mengambil sepakan penalti lain kali. Ini yang membezakan seorang pemain utama dan mempunyai karakter,” kata pengendali dari Croatia itu yang masih mempunyai baki setahun kontrak. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori