• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipenjara Baling Batu Rumah Menteri Dan balai Polis

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara membaling batu hingga memecahkan  cermin tingkap rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, seorang penganggur hari ini dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Marmi Zabrin Mian, 31, turut dihukum penjara lima bulan atas kesalahan sama (membaling batu) sehingga memecahkan pintu kaca sebuah balai polis.

Dia mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan khianat tersebut.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 17 Sept lepas.

Bagi kesalahan pertama Marmi, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga memecahkan cermin tingkap rumah Jamil Khir, melibatkan kerugian RM400 di Jalan Ipoh, di sini pada 7.20 pagi, 10 Mei lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kerugian RM500 dan didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Balai Polis Batu Taman Koperasi Fasa 2, di sini, pada 2.30 pagi, 12 Sept lepas.

Marmi didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika merayu, Marmi hanya memohon maaf berulang kali dan berharap diberi hukuman paling ringan kerana perlu menjaga ibu bapa yang uzur berusia 70-an.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling. – BERNAMA

Tags: Penjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd