• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Dibakar Hidup-Hidup Dalam Oven Syarikat

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHESIRE – Seorang lelaki mati terbakar hidup-hidup selepas terperangkap dalam bilik oven yang digunakan oleh syarikatnya untuk membakar plastik pada suhu 280 darjah selsius.

Lelaki itu, Alan Catterall, 54, meninggal dunia dalam keadaan tragis apabila dia tidak dapat keluar dari bilik oven itu apabila rakan sekerjanya yang juga bakal menantunya, Mark Francis secara tidak sengaja mengunci pintu bilik pemanas berkenaan dari luar.

Francis tidak menyedari bahawa Catterall berada dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, Catterall sedang membaiki kerosakan di situ.

Meskipun dia menjerit meminta tolong namun tiada seorang pun yang mendengar jeritannya disebabkan bunyi bising di persekitaran berkenaan.

Kejadian itu hanya disedari oleh rakan sekerjanya selepas asap mula kelihatan dari dalam bilik pemanas berkenaan.

Oven industri berkenaan digunakan oleh syarikat termpat Catterall untuk membuat kayak.

Catterall meninggal dunia akibat melecur dalam insiden yang berlaku pada 23 Disember 2010.

Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan yang diadakan ke atas syarikat di mana Catterall bertugas, syarikat Pyranha di Mahkamah Liverpool atas tuduhan menyebabkan kematiannya.

Turut didakwa ialah pengarah-pengarah syarikat berkenaan serta juruteranya.

Catterall membesar di Liverpool dan menyertai syarikat Pyranha pada 1997. Dia kemudiannya dilantik sebagai ketua pasukan di syarikat yang mempunyai 90 hingga 100 pekerja .

Isterinya, Pearl dan anak perempuannya turut bekerja di kilang berkenaan.

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd