• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bukan Samseng – Zahid Hamidi

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kerajaan bukan samseng. Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti kukuh,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Demikian reaksi beliau terhadap dakwaan kerajaan menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menutup kritikan terhadapnya dan menggunakan kuasa di tangan ke atas pembangkang sebagai cara untuk mengekalkan pemerintahan.

Beliau berkata daripada kesemua kritikan terhadap penahanan dan tindakan ke atas mereka yang menyebarkan kebencian, pembohongan dan fitnah, rata-rata rakyat Malaysia menyokong tindakan itu kerana sedar tentang bahaya yang dibawa oleh golongan ini.

Berucap di Forum Antarabangsa Umno bertemakan Kesalinghubungan dan Media Sosial : Memperkasakan Rakyat Untuk Membina atau Memecahbelahkan Negara, di sini pada Isnin Ahmad Zahid berkata Malaysia sedang diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebarkan pembohongan, fitnah dan kebencian.

Beliau berkata tidak seperti negara lain, negara ini bukannya negara berasaskan satu kaum dan sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan agama, ia memerlukan kerajaan untuk memantau aktiviti di alam internet dan perbuatan yang tidak menyenangkan.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata kerajaan perlu tegas dalam membanteras sebarang unsur yang sememangnya berbahaya kepada pembinaan negara.

Beliau berkata setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang, peraturan yang mengikat mereka daripada melakukan sebarang kenyataan perkauman dan provokasi kerana kesannya tidak sanggup diterima oleh setiap orang.

“Kami telah belajar daripada rusuhan kaum 1969, dan kami juga belajar daripada beberapa insiden melibatkan golongan ekstremis agama dan masyarakat.

Kesemua ini membuatkan kami mengenakan undang-undang yang ketat untuk mengelakkan rumah daripada roboh,” katanya.

Beliau berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, kerajaan tidak dan tidak akan bersikap berat sebelah dan dalam bahasa mudah kerajaan tidak berkompromi apabila menyentuh keselamatan dan kestabilan negara.

Ahmad Zahid yang juga seorang panel di forum itu turut menekankan walaupun kerajaan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dan memperkenalkan satu akta baharu, beberapa peruntukan dalam Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi menjadikan akta baharu itu lebih tegas untuk menegah mereka yang cuba melanggarnya.

“Dalam melakukannya, kerajaan akan mengambil kira maklum balas dan cadangan daripada semua pihak dalam masyarakat, termasuk daripada pembangkang,” katanya.

Forum itu yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin.

Persidangan selama dua hari itu disertai 127 perwakilan asing daripada 34 parti mewakili 22 negara dan kor diplomat dari hampir 70 negara. – BERNAMA

 

Tags: KerajaanZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd