• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Rusuhan Disifatkan Mati Mengejut – Polis

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal bulan ini di Pengerang sebagai mati mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, berkata lelaki itu yang merupakan suspek bagi satu kes rusuhan, telah ditangkap pada 3 November lepas dalam satu serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang.

“Semasa tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri. Ini menyebabkan berlaku pergelutan si mati dengan anggota polis. Laporan polis telah dibuat ke atas tangkapan dan kecederaan si mati dan anggota polis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata selepas tangkapan, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan semasa pihak polis membawanya dari Balai Polis Sungai Rengit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut, tiba-tiba suspek mengalami sesak nafas.

“Suspek seterusnya dibawa ke Klinik Bandar Penawar. Semasa di klinik, suspek disahkan meninggal dunia, dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail.

“Kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut,” katanya.

Hasnan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bapa suspek, Syed Mohamed NurAli, 67, yang anaknya Syed Mohd Azlan, 25, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Sultan Ismail disebabkan hentakan benda tumpul di dada.

Beliau menuntut anggota dan pegawai polis pegawai Balai Polis Sungai Renggit, Pengerang, Johor, dibawa kemuka pengadilan.

Hasnan berkata pihak polis sedang menyiasat laporan polis yang dibuat oleh bapa suspek dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan kimia untuk melengkapkan siasatan kes ini sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Suspek merupakan salah seorang dari lapan suspek terlibat dalam satu kes rusuhan yang menggunakan senjata di Daerah Kota Tinggi pada 19 September tahun ini, katanya.

Menurutnya suspek juga merupakan penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah dan pernah dikenakan perintah sekatan.

Sementara itu, Syed Mohamed Nur pada sidang media di Kuala Lumpur semalam berkata sekumpulan anggota polis telah menyerbu rumahnya kira-kira 5 pagi di Kampung Baru, Teluk Ramunia, Pengerang dan hanya menyatakan mencari senjata api.

“Mereka menyatakan anak saya telah ditahan dan ingin mencari senjata api di rumah berkenaan. Saya beritahu mereka saya hanya ada sepucuk senapang patah dan mempunyai lesen yang sah,” katanya.

Beliau berkata setelah pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata, salah seorang pegawai memintanya untuk datang ke balai untuk membantu siasatan dan mendakwa beliau dikasari oleh beberapa anggota polis semasa ke balai polis berkenaan.

“Syed Mohd Azlan merupakan anak bongsu daripada lima beradik,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semakan Semula Perintah Gaji Minimum

Next Post

Lelaki Bogel Jatuh Dari Siling Tandas Wanita

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Lelaki Bogel Jatuh Dari Siling Tandas Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd