• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semakan Semula Perintah Gaji Minimum

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil semakan semula terhadap pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 dijangka dapat dimuktamad dan dibentang Kementerian Sumber Manusia selewat-lewatnya awal tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, semakan semula itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk situasi ekonomi semasa serta impak pelaksanaan kadar tersebut terhadap majikan terutama syarikat kecil.

“Proses mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2012 ini dibuat seperti yang diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) 2011,” katanya menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkenaan status keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum 2012.

Ismail berkata, Akta MPGN 2011 memperuntukkan bahawa semakan semula skim itu perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun dengan mengambil kira pandangan pihak majikan, pekerja, Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Beliau berkata pelaksanaan skim gaji minimum yang mampu memberi manfaat kepada kira-kira 13.5 juta pekerja swasta di negara ini telah digazetkan pada 16 Julai 2012, namun sebahagian besar majikan belum bersedia melaksanakannya. – BERNAMA

Tags: Gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia seorang Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd