• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Semula Persempadanan Kebaikan Untuk Rakyat

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun amat dialu-alukan oleh ahli Parlimen daripada pelbagai parti.

Mereka berpendapat, tindakan SPR itu amat perlu diadakan secepat mungkin bagi kebaikan rakyat jelata mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Abdul Samad menyifatkan persempadanan semula dapat memastikan pentadbiran sesebuah kawasan itu dijalankan dengan lebih efisien.

Beliau berkata, persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dun amat perlu bagi memastikan wakil rakyat dapat menjalankan tanggunggjawab dengan lebih baik dan adil.

“Saya setuju (dengan persempadanan semula) supaya populasi (dalam satu-satu kawasan Parlimen dan Dun) tidak begitu besar.

“Kalau sampai ada kawasan yang mempunyai 140,000 pengundi, memang terlalu ramai dan tidak adil bagi ahli Parlimen itu berbanding kawasan Parlimen yang hanya mempunyai 80,000 pengundi.

Khalid menambah, persempadanan itu mesti dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek yang lain bagi memastikan pilihan raya yang diadakan lebih adil.

Sementara itu, Adun Sri Muda (PKR), Shuhaimi Shafiei berkata, memang wajar persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dun dilaksanakan pada masa ini.

“Ini adalah kerana bilangan pengundi telah meningkat dan sudah pasti sekiranya kawasan populasi itu dipecahkan, wakil rakyat di kawasan itu boleh menjalankan tugasnya dengan lebih efisien,” katanya.

Bagaimanapun beliau berharap SPR dapat laksanakan tugasnya dengan adil dan saksama.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada PRU13.

Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa (BN), Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, selain faktor kepadatan penduduk di sesebuah kawasan, kewajaran persempadanan semula juga perlu dilihat dari segi keluasan sesebuah kawasan.

“Sebagai contoh di Sarawak, saya melihat keperluan untuk menambah kerusi adalah wajar kerana kawasan Sarawak teramat besar walaupun penduduknya tidak begitu ramai tetapi kalau kita lihat, ada wakil rakyat yang kawasannya sebesar negeri Pahang.

“Apa jua untuk melaksanakan persempadanan semula, ia melihat kepada asas keperluan setempat, contohnya jumlah penduduk yang sudah tinggi, dan kesesuaian kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Adun Semenyih (BN), Datuk Johan Abd Aziz menyatakan harapannya agar ahli Dewan Rakyat mempersetujui syor kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.

“Kita ketepikan fahaman politik, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana persempadanan semula telah termaktub di dalam perlembagaan, jadi ia adalah tanggungjawab kita untuk laksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd