• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Tegur Penganjur Kempen ‘I Want To Touch A Dog’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi teguran kepada penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ supaya tidak lagi menganjurkan program yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata teguran dan nasihat itu disampaikan dalam satu pertemuan diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini.

Difahamkan perjumpaan itu berlangsung kira-kira satu setengah jam di Seri Kembangan.

Sehubungan itu Othman berkata Jakim menyerahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor, selaku pihak berkuasa agama negeri, untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perjumpaan antara Jakim dan penganjur program itu bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran ‘I want to Touch a Dog.’

Bagaimanapun Jamil Khir berkata Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang tindakan undang-undang memandangkan jabatan itu hanya bertindak sebagai perantara.

Program ‘I Want To Touch A Dog’ pada 19 Okt di Central Park, One Utama, Petaling Jaya itu mencetuskan perdebatan hangat khususnya dalam kalangan umat Islam kerana ia dikatakan bercanggah dengan mazhab Shafie dan adat di negara ini.

Bagaimanapun, penganjur program Syed Azmi Alhabshi telah memohon maaf atas perasaan tidak senang yang timbul akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing semasa program berlangsung. – BERNAMA

Tags: isu anjingJakim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd