KUALA LUMPUR – Isu polarisasi kaum dan agama dalam negara perlu ditangani sebaik mungkin memandangkan Malaysia akan mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Asean pada tahun depan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sudah tiba masa untuk semua pihak menangani isu yang telah lama melanda negara hingga mewujudkan perpecahan dan perbalahan serius.ÂÂ
“Terdapat keperluan mendesak bagi rakyat Malaysia mengelakkan perkauman sempit yang bertentangan dengan semangat masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.ÂÂ
Sehubungan itu, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kerana menyelesaikan isu rampasan Bible versi bahasa Melayu daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berharap semua lapisan rakyat memberi sokongan dan kerjasama padu kepada kerajaan apabila Malaysia mengambil alih tugas sebagai pengerusi Asean pada tahun depan.
Beliau dipetik berkata tanpa sokongan rakyat, sukar bagi kerajaan melaksanakan peranannya sebagai pengerusi pertubuhan rantau Asia Tenggara itu.
Media hari ini pula melaporkan kemelut antara penganut Kristian dan pihak berkuasa Islam Selangor berakhir hari ini apabila sebanyak 321 nashkah Bible versi Bahasa Melayu dan Iban dipulangkan semula kepada PBM.ÂÂ
Mohamed Azmin berkata, tindakan itu menjadi satu titik pendamaian yang baik kepada penyelesaian pertikaian isu tersebut dalam menghormati hak beragama.
Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar
Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

