• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Kepong: 4 DVD Rakaman Ceramah Mat Sabu Diterima

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Pegawai penyiasat kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau menerima empat keping DVD rakaman ceramah itu.

ASP Jafri Md Zain yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata tiga keping DVD yang mengandungi keseluruhan ceramah itu diterima daripada anggota polis, manakala sekeping DVD lagi diserahkan wartawan Utusan Malaysia, Mohd Asron Mustapha.

“Ketiga-tiga DVD merupakan rakaman penuh di tempat kejadian dengan empat orang penceramah termasuk Mohamad Sabu yang merupakan penceramah terakhir. DVD yang diterima daripada Encik Asron cuma mengandungi ceramah oleh Mohamad Sabu. Kesemua DVD ini mengandungi ceramah yang sama.

“Kemudiannya, saya meminta seorang pegawai untuk menyediakan transkrip verbatim keseluruhan ceramah itu. Selepas siap, beliau menyerahkan transkrip kepada saya,” kata saksi kesembilan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim berhubung siasatan dan tindakan yang diambil untuk kes itu.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jafri yang berkhidmat selama 19 tahun dengan PDRM, berkata siasatan itu dibuat selepas pengadu, seorang bekas tentera, dari Raub, Pahang membuat laporan polis kerana berasa tidak puas hati terhadap kenyataan Mat Sabu itu yang dibacanya dalam Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau pergi ke tempat kejadian, Jafri berkata: “Saya ada pergi ke tempat kejadian (Pasti Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora) bersama jurugambar dan beberapa anggota. Di sana, saya mengarahkan anggota untuk mengambil gambar. Sebanyak tujuh gambar diambil”.

Dalam pemeriksaan balas peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mat Sabu berkaitan siasatan yang tidak menyeluruh, Jafri berkata beliau menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat pengadu.

Ditanya sama ada laporan polis itu mempunyai nilai, Jafri berkata laporan itu mempunyai nilai kerana selepas siasatan terhadap ceramah oleh Mat Sabu itu memang terdapat keterangan yang berkaitan.

Sementara itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah membenarkan perbicaraan kes itu diadakan di Mahkamah Kuala Terengganu kerana saksi kesepuluh iaitu waris kepada Jaafar Hassan berada di Terengganu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan perbicaraan bersambung 14 Dis ini. – BERNAMA

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd