• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sedia Kenal Pasti Individu Berbakat Sebagai Calon PRU14

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sedang mengenalpasti individu berbakat yang berpotensi menjadi calonnya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga pengerusi BN berkata ini adalah antara persediaan awal partiuntuk menghadapi PRU14.

“Kita akan sedia calon lebih awal lagi. Kita perlu, pada peringkat awal ini,kenal pasti bakat dahulu sebelum kita tentukan calon.

“Keduanya, kita belum tentukan pembahagian kerusi lagi,” kata beliau kepadawartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Dalam itu, Najib berkata, langkah-langkah juga akan diambil untuk memastikan kerjasama antara parti komponen BN terus diperkukuh melalui program-program bersama dan persefahaman pihak kepimpinan atasan.

“Kalau pihak atasan ada kepimpinan positif, saya percaya anak buah lebih senang nak ikut,” kata beliau.

Najib berkata, setiap parti komponen juga perlu melihat soal dalaman parti dan memperkukuh jentera masing-masing selain perlu menunjukkan tahap komitmen tinggi dalam memastikan kelangsungan kuasa BN.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk menjadikan kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini sebagai panduan dalam membuat persediaan lebih rapi untuk menghadapi cabaran pada masa depan,” katanya.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak, perdana menteri berkata BN akan membuat persiapan sewajarnya dalam menghadapi pilihan raya itu.

Sementara itu, Najib berkata, BN juga akan mempertingkat usaha penerangan kepada rakyat mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam Bajet 2015, yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, ini termasuk menjelaskan kepada rakyat mengenai rasionalisasi subsidi, cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April tahun depan serta konsep ekonomi rakyat yang dukungannya yang memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi rakyat berbanding ekonomi kapitalis. “Ini perlu diperjelas kepada rakyat supaya tujuan baik kerajaan dapat diterima dengan positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd