Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Jentera Penggelek...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas jentera penggelek kendaliannya terjunam ke dalam gaung...

BMW Perkenal Lampu Hadapan...

FIRMA automotif ternama, BMW memperkenalkan teknologi terbaharunya, lampu hadapan laser untuk motosikal yang...

Pengurusan Kes 11 Etnik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 5 Julai untuk...

Perodua, Daihatsu Mula Pembinaan...

PERODUA dan Daihatsu Motor Corporation Ltd Jepun hari ini memulakan pembinaan kilang pembuatan...

BN Sarawak Bakal Buat Kejutan Pada PRN-11 – Adenan Satem

Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Kesebelas (PRN-11), Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, parti pembangkang akan menerima beberapa kejutan dari Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Beliau yang tidak menyatakan lebih lanjut tentang kejutan yang bakal menanti pembangkang, menambah, tindakan tersebut bakal memantapkan kedudukan parti tersebut, sekaligus memegang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana.

“Kejutan itu antara yang kami bincangkan dalam mesyuarat kali ini tetapi tidak perlu saya jelaskan kerana ia tidak akan menjadi kejutan lagi jika saya memberitahu media,” ujarnya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Memetik sumber Berita Harian, beliau juga berkata , perbincangan utama dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan persediaan menghadapi PRN-11.

Namun demikian, ujarnya yang juga Presiden PBB, pilihan raya tidak akan diadakan dalam jangka masa terdekat, tidak sekurang-kurangnya sehingga Jun 2016.


Beliau juga akan berkerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam usaha untuk menarik lebih ramai individu mendaftar bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori