• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Kenal Pasti 9 Mahasiswa Terlibat Perhimpunan Haram

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) telah mengenal pasti sembilan pelajarnya yang disyaki menghadiri perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pada 27 Oktober lepas di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, antara sembilan pelajar itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Menurutnya, UM telah mengenal pasti Fahmi di dalam perhimpunan itu dan dia berada di barisan hadapan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Fahmi merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dia bersama lapan mahasiswa yang lain akan dibawa ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jelasnya, jumlah sebenar bilangan pelajar UM yang didapati terlibat belum dapat dipastikan namun rakaman CCTV itu telah dikongsi bersama institusi pengajian yang lain untuk proses pengecaman.

“Pelajar UM yang dikenal pasti akan disiasat oleh UM sendiri manakala selebihnya oleh institusi terlibat,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu kini sedang dikenal pasti berdasarkan bukti rakaman CCTV serta video.

Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti. – mStar Online

Tags: RusuhanUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd