• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Akan Terus Tambah Baik Perkhidmatan Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus menambah baik kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah Malaysia pada musim haji akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH akan melakukan post-mortem perkhidmatan mereka berdasarkan musim haji baru-baru ini.

“Kita akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dan pihak muassasah pada penghujung tahun ini untuk menambah baik lagi perkhidmatan untuk jemaah Malaysia pada musim haji akan datang.

“Setakat ini dari segi (pengurusan dan penyediaan) khemah, kita amat berpuas hati. Mungkin dari segi aspek kebersihan seperti bilik air dan aliran air paip, yang kita akan tambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga jemaah haji, Allahyarham Normah Jamin, 56, yang meninggal dunia Sabtu lepas.

Menurutnya, 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapi mereka seperti penyakit jantung, jangkitan paru-paru dan kanser, dan bukan disebabkan penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS-CoV) dan Ebola.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata TH akan terus membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menambah bilangan kuota haji Malaysia.

“Kita berharap Kerajaan Arab Saudi akan menambah bilangan kuota haji untuk Malaysia dengan memberi semula jumlah kuota yang telah dipotong kerana memberi laluan kepada pembangunan dan pembesaran kawasan Masjidil Haram di Makkah,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua anggota negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Malaysia.

Sejak 2009, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun dikurangkan sebanyak 20 peratus kepada 22,320 sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd