• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Kenderaan Tunda Melalui Aplikasi Whatsapp

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan kemudahan aplikasi ‘WhatsApp dan telegram’ serta khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memudahkan orang ramai menyemak status kenderaan mereka yang ditunda.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, orang ramai boleh membuat semakan bermula hari ini dengan menghantar nombor pendaftaran kenderaan mereka ke talian 013-6663255.

“Mana-mana pemilik atau pemandu yang merasakan kenderaan mereka telah ditunda boleh membuat semakan menggunakan aplikasi ini dan dari situ kita akan maklumkan kepada mereka lokasi simpanan kenderaan tunda dan jumlah bayaran kompaun yang mereka perlu bayar.

“Untuk memastikan orang ramai mengetahui kemudahan aplikasi itu, DBKL juga telah memasang 30 notis pemberitahuan di sekitar pusat bandar terutamanya di kawasan ‘hot spot’ penundaan kenderaan iaitu di Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Bangsar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Depoh Simpanan Kenderaan Tunda baharu di Jalan Galloway di sini, hari ini.

Ahmad Phesal berkata penubuhan Depoh Simpanan Kenderaan Tunda Jalan Galloway itu bagi memudahkan pemilik kenderaan yang ditunda di sekitar Kuala Lumpur menuntut kenderaan mereka di lokasi yang lebih dekat. – BERNAMA

Tags: whatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd