• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SecureDrives: External Hardisk Dengan Sistem Pemusnah Terbina

oleh AK-47
07/10/2014
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

Masihkah anda ingat dengan siaran siri TV Mission Impossible?

Pada awal setiap episod Jim Phelps, agen Impossible Missions Force akan menerima pita rakaman yang memberitahu beliau misi bahaya yang perlu beliau lakukan.

Selepas arahan diberikan pita rakaman tersebut akan termusnah dengan sendirinya. Asap akan kelihatan berkepul-kepul keluar dari pemain pita secara automatik.

Sistem pemusnah terbina ini kini menjadi realiti dengan hadirnya SecureDrives di pasaran. SecureDrive ialah cakera SSD yang boleh memusnahkan dirinya sendiri apabila diberi arahan oleh pengguna.

Ini boleh dilakukan dengan menghantar SMS khas kepada SecureDrives. Di dalam cakera ini terdapat alat pemusnah yang memecahkan cip memori NAND Flash secara fizikal sekaligus membuatkan data yang disimpan hilang buat selama-lamanya.

Tahap keselamatan SecureDrives tidak terhenti di sini, pemacu cakera keras ini juga boleh ditetapkan untuk musnah dengan sendiri apabila kabel SATA yang disambungkan dicabut.

Terdapat juga sistem tambahan yang akan memusnahkan cakera jika isyarat GSM tidak dapat dihubungi untuk tempoh masa tertentu , jika bateri cakera turun ke tahap kritikal dan ia mengesan ada cubaan untuk membuka cangkerang yang menyimpan cakera.

Setiap SecureDrives mempunyai muatan dalaman 128 Gigabyte dan dijual pada harga 1027 Pound (RM 5417) sebuah.

Harga jualan yang sangat mahal tetapi sekiranya keselamatan kandungan data peribadi anda adalah sangat berharga, sistem pemusnah terbina SecureDrivse pastinya berbaloi untuk dimiliki.

Oleh: hzqahmd

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Lembu: Antara Hukum Agama Dan Undang-Undang

Tembak Lembu: Antara Hukum Agama Dan Undang-Undang

30/05/2026
0

KANGAR – Tokoh agama yang juga Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya meminta orang ramai tidak tergesa-gesa...

Tunku Abu Bakar Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-25

Tunku Abu Bakar Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-25

30/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Ulang Tahun Keputeraan ke-25 Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim pada 30 Mei disambut dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd