• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Bidas KJ Tak Pertahankan Peminjam, Tuduh Buat Pusingan U

oleh AK-47
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIB Presiden PKR, Rafizi Ramli membidas tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mahu menyenaraikan peminjam yang berhutang di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Memetik laporan portal yahoo.com, Rafizi berkata Khairy tidak sepatutnya membuat pusingan U dan tetap dengan pendirian beliau sebelum ini menyokong peminjam PTPTN.

Rafizi dilihat cuba membabitkan isu politik dalam hal ini dengan menghentam Umno-BN yang dianggap mempunyai perangai berhutang yang teruk.

“Saya percaya rakyat umumnya marah apabila kerajaan melalui PTPTN mengambil cara kasar mahu mengutip hutang berjumlah beberapa ribu ringgit dari rakyat biasa, sedangkan tindakan sebegitu tidak pula dikenakan kepada peminjam besar dari kalangan kroni yang nilainya berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah peminjam PTPTN ini,” katanya.

Ini kerana, Rafizi mendakwa dalam kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai jumlah tunggakan hutang yang lebih besar.

“Khairy perlu menyokong tindakan tegas dan kasar seperti itu dikenakan kepada peminjam dalam kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai jumlah tunggakan hutang yang lebih besar sehingga mencecah RM1 bilion,” katanya.

Beliau turut menyeru agar Khairy kembali kekal dengan pendirian awalnya sebelum ini yang mahukan PTPTN menggunakan kaedah dan mekanisme sedia ada dalam kutipan semula hutang mereka.

Rafizi turut menyenaraikan beberapa cadangan untuk diguna pakai sebagi kaedah untuk PTPTN menuntu kembali hutang mereka. :- MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: Khairy JamaluddinPTPTNRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd