Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

100 Individu Berhimpun Bantah...

IPOH – Kira-kira 100 individu daripada 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk masyarakat...

Cabang Pajakan AirAsia Bersedia...

KUALA LUMPUR - Cabang AirAsia bagi pesawat pajakan, Asia Aviation Capital Ltd (AACL), telah memperbadankan Asia...

Jangan Pandang Rendah Kuasa...

KUALA LUMPUR - Peniaga tidak harus memandang rendah kuasa membeli pengguna dengan menaikkan...

#ASEAN: Najib Lancar Saluran...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

VIDEO: Penganjur Program I Want To Touch A Dog Mohon Maaf

Program ‘I Want To Touch A Dog’ telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia dan hingga kini, masih hangat diperkatakan.

Rata-rata masyarakat Islam berasa prejudis tentang penganjuran program ini dan mahukan penjelasan penganjur terbabit yang dilihat berdiam diri selepas kontroversi tercetus ekoran tersebarnya gambar beberapa individu Muslim bermesra dengan anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh Anjing, Bertentangan Mazhab Shafie – Majlis Fatwa

Susulan itu penganjur program IWTTAD, Syed Azmi Alhabshi akhirnya tampil mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut, hari ini.

Sebagai mana agakan umum, Syed Azmi  mengambil peluang ini untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa program anjurannya itu tidak mempunyai sebarang agenda mahu mempersendakan agama.

“Terus terang dengan hati yang ikhlas, niat saya menganjurkan program ini kerana Allah SWT dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik Sekolah Agama Bermesra Dengan Anjing, Ini Yang Kita Mahu?

Syed Azmi berkata, program tempoh hari turut mendapat kelulusan-kelulusan rasmi selain telah dibincangkan dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai panduan untuk melaksanakannya.


Syed Azmi bagaimanapun mengakui, program anjurannya itu mempunyai kelemahan.

“Saya ingin memohon maaf jika secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.

“Saya juga memohon maaf kepada mereka yang hadir ke program IWTTAD dengan niat ikhlas untuk belajar bukan sebaliknya,” katanya.

http://www.youtube.com/watch?v=VlMLw_xIBsc

Syed Azmi yang segera beredar selepas membuat permohonan maaf, turut memaklumkan bahawa dia tidak  mempunyai sebarang niat mahu mengguris sensitiviti rakyat Malaysia.
– mynewshub.cc

Oleh: FARAH
VIDEO: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori