• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Faham Batasan Pelihara Anjing

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Umat Islam di negara ini digesa agar memahami tatacara dan batasan memelihara anjing termasuk menyentuhnya bagi mengelak kekeliruan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata anjing dikategori sebagai najis mughallazah atau najis berat yang memerlukan cara pembersihan tertentu mengikut Mazhab Syafie.

“Ia perlu dibasuh dengan tanah dan air bersih. Jadi saya fikir sebelum kita menyentuh binatang mughallazah ini, kita perlu memahami etika dan peraturan sebagaimana perhubungan dan juga penyucian kepada binatang tersebut,” katanya kepada pemberita.

Beliau dan isteri Datin Seri Fatmawati Saidin serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kawasan Parlimen Jerai di Guar Chempedak dekat sini hari ini.

Jamil Khir yang juga Anggota Parlimen Jerai diminta mengulas mengenai tindakan seorang wanita Islam yang dikenali sebagai Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik gambar videonya di Facebook pada Sabtu lepas dengan menceritakan mengenai anjingnya Bubu.

Jamil Khir berkata sekalipun dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan seperti pemburuan, mengawal keselamatan dan menjaga rumah, namun ia masih tertakluk kepada peraturan perhubungan antara manusia Islam dan binatang itu.

Mengenai ibadat haji tahun ini, beliau berkata persiapan akhir untuk 30,200 jemaah menunaikannya berjalan lancar dan kesemua para jemaah telah diberik arahan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH).

“Sabtu ini akan ada Kursus Haji Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan yang saya akan merasmikannya untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada jemaah haji. Semuanya telah kita persiapkan termasuk soal penerbangan,” katanya.

Jemaah haji Malaysia akan berlepas ke tanah suci dengan penerbangan pertama pada 24 Julai ini. – BERNAMA

Tags: isu anjingumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

Sidang Khas RCI Tabung Haji Bersihkan Imej DAP, Penyelamat Kewangan Umat Islam?

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sidang khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini mungkin kelihatan seperti...

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd