• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Bernasib Baik Dalam Isu MB Selangor

oleh Ahmad Albab
06/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang sangat bernasib baik kerana Barisan Nasional (BN) Selangor tidak pandai mengambil kesempatan daripada isu jawatan Menteri Besar yang berlaku di Selangor baru-baru ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Justeru, beliau mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS pakatan pembangkang mungkin tidak bernasib baik seperti itu jika ada krisis lain melanda tiga parti terbabit pada masa depan.

“Tidak boleh dinafikan pakatan menghadapi krisis terburuk yang menghakis keyakinan rakyat disebabkan krisis jawatan Menteri Besar Selangor dan sama ada pakatan akan pulih daripada krisis itu akan dinilai pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Perkara yang menyelamatkan (pakatan) daripada krisis jawatan Menteri Besar Selangor adalah BN Selangor tidak mengeksploitasinya untuk kelebihan mereka, tetapi pada masa depan pakatan tidak mungkin begitu bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Kit Siang menggesa supaya majlis pimpinan pakatan mengadakan satu perjumpaan untuk menyatakan sama ada pakatan pembangkang masih relevan dan mampu mengembalikan keyakinan rakyat.

“Sudah hampir dua minggu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor tetapi persoalannya sama ada pakatan masih relevan dan memenuhi harapan rakyat,” katanya.

Kemelut dalaman pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS bermula ekoran tindakan Majlis Dewan Ulama PAS membantah pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membantah pencalonan itu menegaskan Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana tidak berkaliber dan kurang berkemampuan dan bertegas supaya jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan.

Pendirian PAS itu mendatangkan kemarahan pimpinan dan penyokong PKR serta DAP hingga menimbulkan desakan akar umbi PAS supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Tags: Lim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd