Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Teko Yang Dibuat Daripada...

DENGARNYA macam tak masuk akal, takkanlah coklat tak mencair kalau kena air panas...

Pakatan Harapan Terima PPBM...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai...

Pesawat QZ8501 Mungkin Berada...

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia Bambang Soelistyo percaya pesawat AirAsia Indonesia...

Op Jalan: 315 Saman...

KOTA BHARU - Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan...

Operasi Gempur Aurat Halang Kebebasan Wanita – Pemuda MIC

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC membantah kerajaan PAS Kelantan kerana melaksanakan Operasi Gempur Aurat yang mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

Ketuanya, C.Sivarraajh berkata, operasi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu merupakan satu diskriminasi terhadap golongan wanita.

“PAS telah kembali kepada sikap lama mereka. Kami bagaimanapun mengecam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gagal atau meminta PAS tidak melaksanakan kempen itu. Apa yang DAP dan PKR sedang buat?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarraajh berkata, Operasi Gempur Aurat akan menyebabkan golongan wanita tidak lagi berminat untuk bekerja dan sekali gus menjejaskan golongan wanita dalam bidang keusahawanan.

Malah, katanya, langkah tersebut juga seolah-olah menentang kebebasan wanita kerana mereka perlu diberi kebebasan untuk memilih pakaian mereka.

Justeru, beliau mempersoalkan polisi kerjasama antara parti dalam pakatan pembangkang sedangkan DAP dan PKR tidak mampu menghalang PAS daripada melaksanakan Operasi Gempur Aurat.

“DAP dan PKR sentiasa mendakwa polisi Islamiah PAS tidak memberi kesan terhadap bukan Islam tetapi sepi apabila PAS meneruskan peraturan ke atas semua wanita bekerja.


“Pada PAS, mendedahkan tangan dan buku lali dianggap haram. Adakah ini juga pendirian PKR dan DAP. Memakai jeans juga dianggap salah kerana ketat,” katanya.

Media hari ini melaporkan PBT di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.

PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.

Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.

Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi bagaimanapun dipetik berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori