Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Sarawak Sambut ‘Gawai...

KUCHING - Penduduk Sarawak akan menyambut perayaan berganda ‘Gawai Raya’ tahun ini, iaitu...

Majlis Iftar PM Bersama...

KUALA NERUS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis...

PH Tak Terima Ahli...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata Pakatan Harapan (PH) tidak...

Isu Biaya Keganasan Hanya...

PUTRAJAYA - Isu pembiayaan keganasan di Malaysia masih tidak seteruk negara lain walaupun...

Najib Mahu MCA Hentikan Percakaran Sesama Sendiri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin MCA merapatkan barisan dan menghentikan sebarang percakaran sesama sendiri yang telah menjejaskan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata sebagai parti komponen, beliau memerlukan MCA menjadi parti yang kuat dan bersatu, supaya boleh membantu mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN pada pilihan raya akan datang.

“Masa depan MCA bergantung pada perpaduan. Perlu saling bekerjasama dan kuat bersama-sama. MCA ialah rakan kongsi kami (BN). MCA jangan gaduh sesama sendiri. Sudah-sudahlah. Jangan bergaduh lagi,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-61 MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata sekiranya pemimpin terus bercakaran, bukan sahaja tiada apa yang akan dapat dilaksanakan, rakyat, khususnya masyarakat Cina akan bosan dengan mereka.

Katanya percakaran sesama sendiri juga telah menyebabkan parti itu hilang hala tuju.

Najib berkata selaku pengerusi BN, beliau bergantung kepada pemimpin parti untuk mencalonkan calon terbaik dan boleh menang untuk pilihan raya umum.

Bagaimanapun, ia akan menjadi masalah kepada beliau apabila pemimpin yang berpuak-puak gagal mencapai kata sepakat dan mengemukakan senarai calon berbeza kepada pucuk pimpinan BN.

“Saya pun susah mahu dengar orang ni cakap, orang tu cakap. Nak pilih calon pun susah.

“Sebagai pengerusi BN, saya tidak kenal setiap anggota parti. Saya terpaksa bergantung kepada presiden untuk mengemukakan calon terbaik dan boleh menang (untuk pilihan raya umum),” katanya sambil menambah kewujudan puak dalam parti akan menyulitkan pemilihan calon pilihan raya.

Najib berkata di bawah kepimpinan baharu, beliau yakin presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menetapkan hala tuju dan gerakan untuk memulihkan parti.

“MCA mesti mempunyai hala tuju. Selama ini semasa anda bergaduh, anda telah hilang hala tuju anda.

Anggota akar umbi memberitahu saya bahawa MCA telah hilang hala tujunya,” kata Najib.

Berucap di hadapan kira-kira 1,839 perwakilan kebangsaan pada perhimpunan itu, Perdana Menteri berkata walaupun hanya terdapat dua wakil MCA dalam Kabinet, beliau akan cuba sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan masyarakat itu yang dikemukakan oleh mereka.


Dua wakil itu ialah Liow yang juga Menteri Pengangkutan dan timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Najib menegaskan sebagai pemimpin Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum, beliau akan cuba berlaku adil kepada semua kaum dan mandat kukuh daripada rakyat akan membolehkannya melakukan lebih banyak lagi.

“Sebagai pengerusi, saya cuba berlaku adil. Tapi saya mahu lakukan lebih banyak lagi. Saya juga perlukan masyarakat Cina untuk menyokong BN,” katanya.

Oleh itu, katanya pemimpin MCA perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN.

Mengenai sekolah Cina, Najib memberitahu masyarakat itu untuk tidak berasa bimbang dengan masa depan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang turut dimasukkan dalam dasar negara seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Cuma kita harap (pelajar) SJKC ini belajar bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya.

Tentang ekonomi, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata langkah kerajaan untuk meningkatkan kutipan cukai menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah betul dalam usaha negara untuk menjadi negara maju.

Katanya CBP yang akan dilaksanakan April depan jauh lebih baik berbanding cukai keuntungan modal dicadangkan pembangkang, yang menurutnya akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi.

“Ia bukan preskipsi yang betul. CBP jauh lebih baik daripada cukai keuntungan modal,” katanya.

Menurutnya cukai keuntungan modal tidak mesra perniagaan dan akan menjadikan Malaysia kurang kompetitif.

Dalam pada itu, Najib berkata secara prinsipnya beliau bersetuju dengan cadangan Liow supaya diwujudkan entiti 1Malaysia-China Corporation untuk membantu merancakkan usaha perniagaan tempatan, khasnya industri kecil dan sederhana untuk menembusi pasaran China.

Perdana Menteri berkata beliau bersedia untuk berbincang lebih lanjut dengan pemimpin MCA berhubung perkara itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori