• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlukan Ramai Belia Ceburi Bidang Kemahiran

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Malaysia masih kekurangan pelajar terutamanya, golongan belia yang menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi tenaga kerja mahir dalam negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata ketika ini peratusan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti bidang teknikal dan vokasional adalah sekitar 10 peratus.

Katanya, angka berkenaan jauh lebih rendah berbanding corak pendidikan yang dilaksanakan negara maju yang memberi penekanan lebih terhadap bidang berkenaan.

“Walaupun kita akui perlukan kecemerlangan dalam akademik, tetapi jika dibuat perbandingan antara negara kita dengan negara-negara maju umpamanya Korea Selatan dan Australia, anak-anak mereka yang dijuruskan kepada bidang teknikal dan vokasional ini lebih daripada 40 peratus,” katanya kepada Bernama selepas melawat kontijen Malaysia sempena Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-10 di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di sini, hari ini.

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 51 belia daripada pelbagai institusi kemahiran di Malaysia terpilih dalam pertandingan yang bermula 19 Okt lepas dan berakhir Rabu ini.

Ismail berkata, Malaysia masih terkebelakang dalam usaha menghasilkan tenaga kerja mahir walhal negara ketika ini amat memerlukan golongan ini, selaras dengan matlamat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menurut beliau, ketika ini, kumpulan pekerja berkemahiran di Malaysia hanyalah sekitar 28 dan 29 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja, iaitu lebih rendah daripada yang disasarkan iaitu 33 peratus, menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.

Justeru katanya, Kementerian Pendidikan kini mempertingkatkan sasaran ke 20 peratus dengan berusaha menarik minat belia lepasan SPM supaya menceburkan diri dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

Terdahulu, pada sebelah malam tadi, majlis makan malam anjuran Kedutaan Malaysia di Hanoi diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai kontinjen ASC di sebuah hotel di sini.

Turut hadir Duta Besar Malaysia di Vietnam Datuk Azmil Zabidi.

Ismail dalam ucapannya pada majlis itu berkata persepsi atau mentaliti masyarakat yang melabelkan bidang kemahiran dan vokasional sebagai pengajian pilihan kedua, perlu diubah.

Ini kerana, katanya latihan kemahiran adalah usaha penting dalam pembangunan modal insan bertaraf dunia yang dapat mentransformasikan ekonomi negara ke arah status berpendapatan tinggi.

“Saya memberi sokongan yang cukup kuat kepada kerajaan khususnya kementerian untuk kita meningkatkan kadar kemahiran pekerja dalam kalangan anak-anak muda kita, di mana kesedaran ini perlu diberi bukan sahaja kepada anak muda, tetapi juga kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya,” katanya.

Melihat akan kepentingan itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi mengubah persepsi masyarakat termasuklah penyertaan dalam ASC untuk membuktikan bahawa bidang kemahiran adalah bertaraf antarabangsa.

Malah pertandingan seumpama itu juga akan membantu Malaysia mencapai sasaran 50 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020, katanya. – BERNAMA

Tags: BeliaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd