• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peruntuk RM975.37 Juta, Ganti Paip Usang

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM975.37 juta bagi menampung kerja-kerja penggantian paip air yang sudah usang dan mengalami kebocoran di seluruh negara.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata berdasarkan data 0Malaysia Water Industry Guide 2014, terdapat 43,390km paip daripada jenis asbestos cement berada dalam keadaan usang di seluruh negara.

“Anggaran peruntukan yang diperlukan untuk menggantikan kesemua paip ini ialah RM11 bilion. Bagaimanapun jumlah itu terlalu besar untuk ditampung melalui bajet pembangunan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Nga ingin tahu mengenai rancangan kerajaan untuk menggantikan paip air usang dan bocor bagi mengatasi masalah kebocoran air yang menyebabkan peningkatan kadar air tidak berhasil (NRW).

Sehubungan itu, Ongkili berkata kerajaan memperkenalkan skim penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara supaya operator air mendapat pembiayaan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air termasuk penggantian paip usang melalui Pengurusan Aset Air Berhad.

Menteri itu berkata selain kebocoran terhadap paip-paip usang terdapat beberapa faktor penyumbang yang lain kepada peningkatan kadar NRW termasuk akibat kerja-kerja penyambungan paip retikulasi yang tidak sempurna, meter uzur atau rosak, kecurian dan penyelenggaraan sistem bekalan air yang kurang baik. – BERNAMA

Tags: KerajaanKeTTHA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd