• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Cari Penyelesaian Terbaik Isu Percubaan SPM

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pelajar menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihak kementerian akan terus mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita mahu mengambil jalan tengah (tentang perkara ini) dan berharap dapat mencapai penyelesaian terbaik bagi semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran hasil penyelidikan universiti-universiti penyelidikan seluruh Malaysia di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Dua hari lalu, Idris dilaporkan sebagai berkata kementerian itu tidak pernah membenarkan mana-mana IPTS menawarkan kursus jangka panjang kepada pelajar lepasan SPM dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan.

Beliau sebaliknya berkata keputusan peperiksaan itu hanya boleh digunakan  untuk memohon kursus jangka pendek seperti muzik dan Bahasa Inggeris.

Tindakan kementerian yang melarang penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program prauniversiti dan asasi di IPTS bagi sesi bermula 2015 itu telah menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa di negara ini.

Idris berkata rasional larangan tersebut adalah untuk memastikan kursus yang ditawarkan berkualiti serta mematuhi piawaian ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau berkata surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua IPTS pada 23 Mei lepas, sekali gus menafikan dakwaan segelitir pihak bahawa kementerian telah membuat keputusan secara terburu-buru berhubung isu berkenaan. – BERNAMA

Tags: Idris JusohSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd