Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Peserta Acara Larian Mati...

CEMAS... Acara Larian Santai, Sihat, Cantik bertukar tragedi apabila dikejutkan dengan kematian seorang...

Polis Rampas 2,510 Kotak...

JELEBU - Polis merampas 2,510 kotak rokok dipercayai rokok seludup bernilai RM12,000 selepas...

Media Malaysia, Indonesia Perlu...

KUALA LUMPUR - Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik...

53 Kes Serangan Lanun...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 53 kes serangan lanun dilaporkan di perairan negara melibatkan...

Mangsa Keputusan ‘Magik’ SPA Disaran Hantar Aduan Rasmi

SEMALAM kami telah siarkan secara eksklusif berkaitan isu keputusan permohonan program Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang bagaikan magik – berubah tiba-tiba dalam hanya beberapa jam.

BACA >>> EKSKLUSIF : Keputusan Kenaikan Pangkat Diubah Secara Tiba-Tiba!

Perkara ini dimaklumkan oleh pembaca Mynewshub yang turut mengirim dua salinan ‘print screen’ sebagai bukti.

Salinan pertama (gambar atas) menunjukkan keputusan dia dimaklumkan berjaya dalam Semakan Keputusan Temu Duga Latihan Pembantu Kesihatan Awam manakala salinan kedua menunjukkan keputusan ‘Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.’

Kemaskini Pada Pautan Portal Punca Calon Gagal Temuduga Bertukar Status

pembantu-kesihatan-21

Difahamkan bukan seorang yang menerima nasib begini tetapi beberapa penjawat awam lain turut menerima nasib serupa.


Susulan itu kami menghubungi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa untuk bertanyakan komen beliau.

“Buat masa sekarang saya belum menerima sebarang makluman. Jika betul ada kes begini kita akan siasat,” katanya.

Beliau seterusnya menyarankan supaya mereka yang menghadapi masalah berkaitan mengirim surat rasmi ke pejabat KSN di Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk membolehkan siasatan dilakukan.

TERKINI: Untuk Baca Penjelasan SPA Tentang Kes Ini, KLIK >>> Kemaskini Portal SPA Punca Calon ‘Kejap Gagal, Kejap Berjaya’

Untuk rekod Dr Ali pernah mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) agar meneliti semula sistem teknologi maklumat (ICT) yang digunakan mereka ekoran berlaku masalah ketika peperiksaan dalam talian dijalankan sebelum ini. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori