• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Ibrahim Ali Kini Tergugat – James Masing

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kedudukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kini tergugat dan tidak selamat, malah beliau akan berdepan dengan penguatkuasaan undang-undang jika terus membuat kenyataan tidak sensitif terhadap agama lain, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Masing.

“Beliau (Ibrahim) kini dalam keadaan tergugat dan ini harus dijadikan amaran kepadanya.

“Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan agama yang tidak sensitif kerana Kerajaan akan mengambil tindakan terhadapnya jika dia melakukannya sekali lagi,” kata James kepada The Star, Jumaat.

Walaupun mungkin terdapat pertimbangan undang-undang mengapa Ibrahim tidak dituduh di bawah Akta Hasutan, James, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, berkata Presiden Perkasa itu tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja.

“Berdasarkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik dan pemimpin sebuah pertubuhan hak Melayu, kenyataannya adalah sangat tidak patut bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Apa yang dia lakukan adalah tidak sihat untuk kesejahteraan negara kerana ia boleh membawa kepada kewujudan pandangan ekstremis pada masa akan datang,” katanya.

Dalam jawapan bertulis pada Rabu untuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim mengenai ancaman untuk membakar Bible pada Januari tahun lepas yang mencetuskan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian.

Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa Ibrahim selepas meneliti konteks ucapannya dan berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. – mStar Online

Tags: Ibrahim Alipolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd