• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Bincang Pendekatan Teruskan Rundingan FTA M’sia-EU

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILAN – Kabinet akan berbincang bentuk pendekatan yang sesuai untuk perunding negara meneruskan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sebelum rundingan FTA Malaysia-EU memasuki pusingan selanjutnya selepas lapan pusingan diadakan, perunding negara perlu mendapatkan mandat baharu daripada kerajaan.

“Bila berbekalkan mandat baharu, baru boleh merundingkan perkara ini,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir beliau di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM).

Ketika berucap pada Forum Perniagaan Asia-Eropah (AEBF) sempena ASEM kelmarin, Najib memberi isyarat bahawa perbincangan FTA Malaysia dan EU perlu diteruskan selain menegaskan bahawa Malaysia menyokong kuat dasar perdagangan bebas.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kelewatan berlaku dalam rundingan FTA Malaysia-EU itu ekoran timbul isu yang melangkaui soal perdagangan dan pelaburan.

“Ia antara lain melibatkan pemerolehan kerajaan, hak harta intelek, alam sekitar dan buruh,” katanya.

Dalam pemerolehan kerajaan, Najib berkata ia mungkin akan menyentuh soal keutamaan yang diberikan kepada syarikat Bumiputera, manakala dalam aspek alam sekitar pula, EU meminta Malaysia mengambil tindakan untuk pembangunan mampan.

Beliau berkata, isu berkenaan memerlukan fleksibiliti antara kedua-dua pihak bagi merealisasikan hasrat rundingan FTA itu.

“Berikutan timbul isu-isu itu, agak sukar untuk menetapkan tempoh untuk memuktamadkan rundingan FTA Malaysia-EU. Kita jangkakan proses ini memakan masa sedikit.

“Namun demikian ia adalah satu prospek yang kita perjuangkan kerana ini akan membawa kepada integrasi yang lebih kukuh antara dua wilayah iaitu ASEAN dan EU,” katanya.

Rundingan FTA Malaysia-EU dimulakan pada Oktober 2010 dan sepatutnya diselesaikan pada akhir tahun 2012.

Najib berkata, jumlah dagangan antara EU dan Malaysia untuk tempoh Januari-Julai 2014 bernilai kira-kira RM81.59 bilion, meningkat 7.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2013. – BERNAMA

Tags: MalaysiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd