• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Jejantas Di JB Runtuh, Seorang Pemandu Lori Cedera

oleh AK-47
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pemandu lori cedera akibat dihempap bumbung sebuah jejantas pejalan kaki di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang yang runtuh berhampiran Taman Kobena di Johor Bahru hari ini.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 4.30 petang selepas hujan lebat dan angin kencang berlaku di kawasan itu sejak pukul 4 petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bharu dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua buah kereta dan sebuah motosikal turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

“Ketika penyelamatan dibuat, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa telah dihantar ke hospital Sultanah Aminah dengan ambulans,” menurut kenyataan itu.

Pihak bomba menghantar sebuah jentera bersama sembilan anggota sebaik menerima panggilan tentang kejadian itu pada 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 5.05 petang.

Sebelum itu, beberapa keping gambar kejadian berkenaan dikongsikan di laman sosial Twitter memaparkan orang ramai melihat kejadian berkenaan dalam hujan lebat.

Kelihatan jelas beberapa buah kenderaan yang dihempap bumbung jejantas yang runtuh itu. – MYNEWSHUB

 

JejambatRuntuh_2

JejambatRuntuh_2 JejambatRuntuh_4 JejambatRuntuh_5

Tags: JohorkemalanganRuntuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd