• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Pandangan Puak Ekstremis – Najib

oleh AK-47
22/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan pandangan puak ekstremis dalam perjalanan mereka untuk mencapai matlamat bersama.

Beliau berkata mereka perlu berupaya mengatasi segelintir pihak yang mensensasikan pandangan sempit dan berpuak dengan memperakui dan bertegas dengan komitmen mereka terhadap satu sama lain.

“Apa yang akan menjadikan Malaysia kekal kuat dan stabil bukannya segelintir pihak yang berkata sesuatu untuk memecah-belahkan kita tetapi sejumlah besar mereka yang melakukan pelbagai perkara untuk menyatukan kita,” katanya dalam perutusan Deepavali 2014.

Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa rakyat Malaysia membawa bersama adat resam dan tradisi unik mereka untuk melengkapi struktur masyarakat dan bekerja keras serta melakukan pengorbanan untuk menjadikan negara berada pada tahapnya sekarang.

“Semua ini dapat dilakukan kerana semua rakyat Malaysia berkongsi aspirasi serupa untuk hidup dalam harmoni dan sejahtera dengan satu sama lain,” katanya.

“Pastinya, kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat bersama kita tetapi kita perlu ingat bahawa kita mempunyai ramuan yang sama untuk berjaya.

“Ramuan berkenaan adalah rasa cinta kepada negara Malaysia kita, rasa sayang sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan bersikap sederhana dalam apa juga yang kita lakukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata formula kejayaan Malaysia telah diperakui bukan sahaja oleh negara jiran malah oleh dunia.

Manifestasi terkini dalam perkara ini, katanya, adalah kejayaan besar negara yang diundi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini.

“Kejayaan kita menduduki kerusi itu membuktikan penghormatan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dan pendekatan sederhana kita dalam menangani cabaran dalam negara, serantau dan antarabangsa,” katanya.

Mengucapkan ‘Deepavali Vaalthukal’ atau Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu, Najib menggesa agar salam persahabatan dihulur kepada satu sama lain sempena perayaan ini selain memastikan rakyat dan negara terus harmoni serta makmur.

“Tatkala kita berkongsi kegembiraan menyambut Deepavali bersama-sama, mari kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa Pesta Cahaya ini menyatukan kita untuk menuju masa depan bersama-sama dengan harapan dan impian kita.

“Saya menggesa masyarakat India untuk meneruskan kerjasama mereka dengan kerajaan berasaskan ‘nambikei’ (kepercayaan). Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan cahaya dan harapan sampai kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: DeepavaliMalaysiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

21/04/2026
0

Semasa anda melayari internet, pernahkah anda melihat iklan daripada pengendali kasino dalam talian? Ya, iklan sebegini bukan lagi sesuatu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd