• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungi Konsulat Malaysia Jika Pergi Ke Hong Kong!

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Hong Kong diminta memaklumkan kehadiran mereka kepada Konsulat Malaysia sebagai langkah keselamatan berikutan insiden tunjuk perasaan di negara tersebut.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengelak berada di kawasan tunjuk perasaan.

Menurut kenyataan itu, Konsulat Malaysia menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong dalam memantau situasi itu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Konsulat Malaysia di alamat tingkat 24, Malaysia Building, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

“Talian telefon adalah + 852-6900 6390 atau emel kepada malhkong@kln.gov.my,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian Luar dalam pada itu mengesahkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia tercedera atau ditahan kerana terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut.

Media pada 29 September lalu melaporkan beribu-ribu penduduk Hong Kong bersenjatakan penyembur serangga mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut demokrasi penuh sehingga melumpuhkan pusat bandar raya Hong Kong dalam gerakan yang dipanggil ‘revolusi payung’.

Tunjuk perasaan bertukar ganas malam tadi selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan gas penyembur lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya adalah pelajar universiti dan sekolah menengah yang tidak menghadiri sekolah sejak minggu lepas bagi memberi tekanan terhadap Beijing. – mynewshub.cc

 

Tags: Hong Kongrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd