• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google Street View Di Malaysia, Seronok Tapi Bahaya

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

Penulis hari ini mencuba menggunakan aplikasi Google Street View dengan aplikasi Google Maps dan mendapati ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi berbahaya dari segi keselamatan.

Jika anda hendak melihat di manapun di Malaysia mahupun di luar negara, caranya mudah sahaja, taip nama jalan atau alamat yang diketahui pada ruangan carian di dalam Google Maps, kemudian letakkan lambang orang kecil berwarna kuning iaitu watak Pegman ke atas jalan yang dicari.

[BACA – Perlu Ke Google Street View? Rasa Macam Tak Selamat Jer..]

Kemudiannya, aplikasi Google akan terus membawa anda mengembara lokasi berkenaan seolah-olah anda berada di sana.

Bagaimanapun, gambar yang dipaparkan menggambarkan lokasi itu sebenarnya dirakamkan terlebih dahulu dan bukannya secara langsung.

Ada di antara gambar yang sudah dirakamkan pada tahun lepas dan ada yang sudah dirakamkan beberapa bulan lalu.

Percubaan penulis untuk melihat kawasan persekitaran kediaman sendiri di Kuala Lumpur, berjaya dan mengejutkan setiap butiran mengenai jalan dan suasana kawasan itu jelas terpampang di Google Street View.

Dalam aspek inilah, kemungkinan aspek keselamatan kawasan perumahan dirisikokan apabila pihak yang mungkin cuba melakukan jenayah akan mengambil kesempatan dengan boleh meninjau dulu kawasan kejiranan sebelum melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Penjenayah berkemungkinan tidak perlu lagi menggunakan motosikal untuk meninjau laluan untuk melarikan diri sebaliknya hanya menggunakan aplikasi Google Street View sahaja.

Imej Street View dirakamkan dengan menggunakan kenderaan yang dipasang kamera khusus untuk merakamkan gambar jalan berkenaan yang kemudiannya digunakan dalam aplikasi Street View berkenaan.

Pasti ada diantara anda yang terlihat atau terpandang kenderaan dengan tulisan Google tertera padanya bergerak melalui di sekitar bandar Kuala Lumpur yang pada ketika itu sedang merakamkan imej untuk dijadikan paparan aplikasi berkenaan.

JalanThambipillayJalan Thambipillay, Kuala Lumpur

JalanKgBeluruJalan Kampung Beluru, Kuala Kangsa, Perak

Penulis memaparkan beberapa imej jalan-jalan di Malaysia termasuk satu jalan di kawasan pedalaman di Kuala Kangsar, Perak yang turut boleh dilihat menerusi aplikasi ini.

OldTraffordStadium Old Trafford, Manchester

Turut dipaparkan ialah imej Google Street View di sebatang jalan raya di tepi Stadium Old Trafford, di mana pasukan Liga Perdana Barclays di England, Manchester United beraksi. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: googleMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd