• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Cheau Xuen Guna Sibutramine Tak Masuk Akal

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan penemuan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing atlet wushu wanita negara, Tai Cheau Xuen, yang dilucutkan pingat emas Sukan Asia Incheon, tidak masuk akal.

Ini kerana menurut ketua jurulatih wushu, Thoong Foong, Cheau Xuen seorang atlet yang jujur dan tidak mengambil sebarang suplemen terlarang, katanya.

“Lagipun Sibutramine akan membuatkan seseorang itu kurang selera makan dan kategori Cheau Xuen bukan kategori berat badan, dia tidak perlu mengurangkan berat badan dan ini tidak masuk akal,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Atlet berusia 24 tahun itu merangkul pingat emas dalam acara gabungan Nanquan/Nandao pada 20 Sept lepas untuk muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama kepada negara pada temasya edisi ke-17 itu.

Menurut kenyataan pihak penganjur semalam, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dilakukan pada 20 Sept selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Antidoping Sedunia (Wada) 2014.

Khairy mengulangi bahawa kronologi proses ujian sampel air kencing (CoC) terhadap Cheau Xuen memiliki keraguan yang tinggi.

Katanya beliau difahamkan Majlis Olimpik Asia (OCA) menerusi surat yang dihantar kepada Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Daniyal Balagopal Abdullah, mengakui terdapat prosedur yang tidak mengikuti proses biasa dan membuat keputusan bahawa kepincangan itu tidak penting.

“Bagi saya ini adalah satu penafian hak atlet kita yang menuntut kepada ketulusan dan akauntabiliti dalam prosedur ujian doping yang dilaksanakan oleh OCA,” katanya.

Khairy berkata beliau bukan mempertikai keputusan OCA menarik balik pingat emas tersebut namun menegaskan bahawa Malaysia memandang serius isu tersebut.

Justeru, katanya, Malaysia akan mengemukakan rayuan kes tersebut kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Incheon hari ini.

Ditanya kemungkinan keputusan positif doping mempunyai unsur sabotaj daripada pihak tertentu, Khairy yang enggan membuat spekulasi berhubung perkara itu bagaimanapun mahu pihak OCA melihat kepada fakta kes tersebut.

“Tetapi kita perlu tahu Cheau Xuen bukan juara dunia.  Juara dunia biasanya datang dari negara China. Sebelum sample B dibuat, berita tentang keputusan doping atlet kita ini telah tersebar di China.

“Saya tidak mengatakan ada sabotaj, saya hanya bercakap tentang fakta  proses perjalanan dan penyimpanan sample tersebut ada banyak keraguan,”
katanya. – Bernama

Tags: Khairy JamaluddinSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd