• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAPAM Mengorak Langkah Bagi Penubuhan Pusat Kecemerlangan

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri dan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) hari ini menandatangani surat pertukaran bagi merintis jalan untuk penubuhan Pusat Kecemerlangan Kerjasama Awam-Swasta Komanwel (PPP-CoE) di Malaysia.

Majlis itu menandakan satu peristiwa penting antara UKAS dan CAPAM, yang mengisyaratkan kepentingan kedua-dua pihak untuk memulakan perbincangan berhubung penubuhan pusat itu.

Presiden CAPAM yang baharu dipilih Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata terdapat model PPP yang sama di Australia, Kanada dan Singapura.

“Dengan penubuhan pusat yang baharu di Malaysia, kita berharap akan ada lebih banyak model di negara-negara Komanwel,” kata Ketua Setiausaha Negara kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu yang diadakan sempena persidangan dwitahunan CAPAM 2014 di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan persidangan itu.

“Majlis yang menandakan satu langkah besar ke hadapan ke arah pembentukan PPP CoE di Malaysia, ia bermatlamat memperkenalkan program-program seperti program transformasi kerajaan dan program transformasi ekonomi yang akan melibatkan penyertaan sektor swasta dan awam,” kata Ali.

Beliau berkata pusat itu akan menerima pakai amalan terbaik di dunia dan berharap untuk memindahkan pengetahuannya ke luar negara pada masa depan.

Malaysia mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam PPP dan telah melaksanakan lebih daripada 600 projek PPP dengan jumlah perbelanjaan modal  RM182 bilion.

Kira-kira 1,500 anggota perwakilan dari 53 negara menghadiri persidangan dwitahunan tiga hari itu, bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Ia dianjurkan CAPAM dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanweld, dengan tema ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’.

Bersempena persidangan ini, Forum Media Komanwel diadakan untuk julung kalinya Selasa ini dengan dihoskan bersama Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama. – BERNAMA

Tags: CAPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ali Hamsa Dipilih Semula Sebagai Presiden CAPAM

19/08/2016
0

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih semula sebulat suara sebagai Presiden Pertubuhan Komanwel bagi...

Negara Komanwel Yakin Perkhidmatan Awam Malaysia

06/11/2014
0

KUALA LUMPUR - Kalangan negara Komanwel yakin dengan kemampuan perkhidmatan awam Malaysia menerajui Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd