• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ali Hamsa Dipilih Semula Sebagai Presiden CAPAM

oleh Ahmad Albab
19/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih semula sebulat suara sebagai Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) untuk tempoh 2016-2018, menjadikan beliau orang pertama dalam sejarah pertubuhan itu memegang jawatan itu selama dua penggal.

Ketua Eksekutif CAPAM Gay Hamilton membuat pengumuman itu selepas mesyuaratlembaga pengarah yang diadakan semasa persidangan dwitahunan CAPAM 2016 di sini hari ini, bagi memilih kepimpinan pertubuhan itu untuk penggal baharu.

“Saya amat gembira bahawa lembaga itu meminta Dr Ali, semuanya sebulat suara bagi penggal kedua. Beliau seorang presiden yang cemerlang, banyak membantu dan mempunyai idea-idea yang baik,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Ali, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang ke-13 pada Jun 2012, menyertai perkhidmatan awam pada 1981 dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta di Jabatan Perdana Menteri pada April 2009.

Ali, 60, juga adalah Pengerusi Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), MyHSR Corp Sdn Bhd, Institut Integriti Malaysia (IIM), dan Bintulu Port Holdings Berhad.

Beliau juga menerajui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) satu usaha kerjasama pelbagai kementerian dan agensi, selaras dengan agenda transformasi negara.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian di Oklahoma State University, Amerika Syarikat di mana beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Ekonomi pada 1986 diikuti PhD dalam Sains Alam Sekitar dan Ekonomi pada 1997.

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pernah memegang jawatan presiden CAPAM dari 1996 hingga 1998.

Persidangan dwitahunan CAPAM bertemakan Inovasi: Kepentingan Dalam Perkhidmatan Awam diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sejak semalam. Persidangan tiga hari yang dihadiri 800 peserta dari 53 negara-negara Komanwel itu berakhir esok.

Ini merupakan kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah persidangan itu selepas berjaya menganjurkannya pada 2014 dan 1998. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaCAPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd